...Kemudahan-kemudahan di PSP MRSM KKB...
1:59 AM
Posted by Musterfa
assalamualaikum w.b.t. ,
salam sejahtera ,
hello everyone .
Sekarang kami akan menceritakan kemudahan yang terdapat di PSP MRSM KKB. Mula-mula, buku. Di PSP MRSM KKB terdapat aneka jenis buku bermula dari buku teks ke majalah dan surat khabar. Pelajar dan guru boleh meminjam buku daripada PSP MRSM KKB. Setiap seorang pelajar perlu memiliki KAD untuk meminjam di PSP MRSM KKB. Kad tersebut boleh di buat di Kaunter.
Seterusnya, komputer. Di PSP terdapat 54 buah komputer yang menetapkan 24 buah di psp bawah [di sebelah ruangan membaca] dan selebihnya di dalam Bilik Bitara. Printer juga disediakan untuk para pelajar. Penggunaan Printer adalah percuma namun had bilangan helaian turut dikenakan iaitu 21 helai. Jika terlebih helaian, bayaran 10 sen akan dikenakan bagi setiap helaian.
Selain itu, Bilik-bilik pembelajaran seperti Bilik Tayangan, Bilik Multimedia, dan Bilik Bitara. Bilik-bilik ini perlu ditempah oleh guru sebelum pembelajaran bermula. Jikalau guru lambat membuat tempahan, guru lain akan mengambil dahulu. Selain daripada bilik-bilik yang tersenarai, terdapat dua ruang yang boleh digunakan sebagai tempat pembelajaran iaitu di ruangan Bilik Multimedia serta ruangan di Bilik Tayangan [ruang ini juga perlu ditempah oleh guru].
Di PSP MRSM KKB juga disediakan kemudahan mengakses internet. Namun penggunaan internet terhad. Pelajar tidak boleh mengekses laman web yang tidak dibenarkan seperti laman sosial Facebook. Tidak lupa juga kemudahan meminjam buku. Pelbagai genre buku disediakan seperti novel, majalah dan bermacam lagi.
Berikut saya sertakan video mengenai Kemudahan di PSP MRSM KKB.
Berikut saya sertakan video mengenai Kemudahan di PSP MRSM KKB.
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
kemudahan psp,
psp mrsm kkb
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)