....SeJarAh puSaT SumBer MRSM KKB...
1:35 AM
Posted by Musterfa
assalamualaikum ,
salam sejahtera ,
hello everyone .
Kami [Zul dan Mus] telah berkesempatan untuk menemuramah Cikgu Kefli dan Cikgu Noriza yang merupakan mantan guru pusat sumber pembelajaran [PSP] MRSM KKB sebelum jawatan mereka diberi kepada Cikgu Jasiah.
Cikgu Kefli mula menjadi guru PSP seawal PSP MRSM KKB dibuka iaitu pada tahun 2002.
Selaku guru PSP, Cikgu Kefli memegang tanggungjawab berat untuk mengaturkan PSP yang kosong. Pada tahun tersebut, PSP MRSM KKB hanya mempunyai meja dan kerusi yang selama ini kita [pelajar & guru MRSM KKB] duduk. Cikgu Kefli bertanggungjawab menetapkan kegunaan PSP aras atas dan bawah. Sebelum membeli buku, perancangan untuk membeli rak buku [shelf] dan perabot berkaitan yang diperlukan segera. Ukuran dan bilangan shelf di ambil untuk dibeli. [seterusnya barulah perancangan pembelian buku...]
PSP aras atas juga telah di selia oleh Cikgu Kefli. Pada awalnya, bilik Multimedia terletak di bilik bersebelahan dengannya[bilik stor]. manakala bilik Multimedia pula dahulunya merupakan bilik Audio Visual[AV] tetapi bilik AV sekarang menjadi bilik Multimedia dan bilik Multimedia menjadi bilik stor. Peralatan seperti LCD, karpet dan kemudahan-kemudahan lain di PSP di beli secara beransur-ansur.
PSP dahulu memiliki 4 staf iaitu 2 pembantu tadbir dan 2 pembantu am rendah. Kaunter PSP juga dahulunya tidak bercermin[hanya meja dan kaunter]. PSP MRSM KKB hampir lengkap pada tahun 2003.
Kemudian, Cikgu Noriza mengambil alih jawatan guru PSP MRSM KKB. Cikgu Noriza telah membuat penambahan pada kaunter iaitu dengan menambah cermin seperti yang kita semua dapat lihat sekarang. Cermin di kaunter tersebut dipasang pada tahun ke-2 Cikgu Noriza menjadi guru PSP. Buku-buku juga ditambah dari masa ke masa. Cikgu Noriza gemar membeli buku novel dan buku yang berkaitan dengan agama.
Buat pengetahuan pembaca, buku-buku lama yang dibeli yang sudah tidak sah [valid] akan di lupuskan.
Susah jugak kan jadi guru PSP ini....??? Nasib baik guru di MRSM ini semuanya berdedikasi....
Kita semua [pelajar MRSM KKB] perlu berterima kasih atas apa yang telah guru-guru PSP kita lakukan.
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
psp mrsm kkb
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)